Monday 11 February 2013

Anak pokok Karas / Gaharu


Pokok gaharu yg terdapat di tapak semaian kami adalah jenis pokok tempatan yg diakui ramai adalah antara pokok gaharu yg terbaik berbanding jenis gaharu yg lain.. penyemaian yg teliti dari aspek penyiraman dan pembajaan yg mencukupi adalah untuk menjamin kesuburan anak pokok kami..

Nama Tempatan: Gaharu/depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh.
Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika
Asal: Tumbuhan tempatan
Keterangan:-

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut.Taburan pertumbuhan depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China.Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.
kegunaan:

Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia.Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya.Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja.Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang.

Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara kita.Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita. Perjanjian antarabangsa seperti CITES(Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal)telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.

Anak pokok gaharu / karas

anak pokok gaharu untuk dijual tinggi 1 kaki - 7 kaki
anak pokok segar dan sehat bebas dari jangkitan penyakit..
pengambilan borong di alu-alukan..


p/s : harga sengaja kami x letak kat sini tp dijamin adalah antara yg termurah di pasaran :) tak percaya cubalah kol..pengambilan borong sangatlah dialu-alukan dan pengankutan boleh kami uruskan untuk pembelian yg banyak... sebarang maklumat boleh  hubungi saya en suhani 0122101314 / osman 0166755206 / din 0179929345



ANAK POKOK KARAS 2 KAKI-2 1/2 KAKI

ANAK POKOK KARAS 2 KAKI- 3 KAKI

ANAK POKOK KARAS 5 KAKI -7 KAKI 

PENYIRAMAN YANG SEKATA MENGGUNAKAN SPRINKLER

ANAK POKOK KARAS 3KAKI



No comments:

Post a Comment